Latihan Industri
Praktikal Minggu Ketujuh (11 Jan - 16 Jan)
Jumaat, 16 Januari 2015 • 4:52 PTG • 0 comments

    Tugasan yang diberi pada minggu ini ialah diberi peluang untuk membentangkan carta organisasi syarikat yang telah dibuat pada minggu yang pertama kepada pelajar praktikal yang baru. Selain itu, membuat penambahan info pada 'slide' carta organisasi dan mengaplikasikan penggunaan photoshop yang telah di pelajari sebelum ini.

    Kemudian tugasan seterusnya ialah fotostat dokumen untuk dimasukkan ke dalam fail. Menaip format 'assigning performance rating' atau dikenali sebagai pencapaian prestasi kakitangan.



    Kemahiran yang saya perolehi ialah cara mengatasi perasaan takut dan meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang baru dan yakin untuk menyampaikan maklumat. Penggunaan bahasa juga penting untuk membentang sesuatu perlu jelas supaya orang mudah faham.

    Impak dan kesannya ialah keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang baru lebih meningkat dan mempelajari cara Pegawai Eksekutif menerangkan tentang syarikat.




Nurul Ainie binti Zulkeri
Politeknik Mersing, Johor
Dip in Secretarial Science