Latihan Industri
Praktikal Minggu Pertama (1 Dis - 5 Dis)
Jumaat, 5 Disember 2014 • 5:09 PTG • 0 comments

    
     Pada minggu yang pertama, saya telah diberi penerangan tentang organisasi syarikat oleh En Abdul Razak, Pegawai Eksekutif syarikat. Saya diperkenalkan oleh beliau kepada para kakitangan. Saya telah ditempatkan di bahagian akaun untuk sementara.


    Tugasan yang diberi ialah membuat carta organisasi syarikat yang telah diterangkan oleh En Abdul Razak menggunakan microsoft power point bagi memudahkan untuk pelajar praktikal yang akan datang mengenali syarikat dengan lebih mudah. 'Slide show' ini merangkumi carta organisasi syarikat itu sendiri dan carta organisasi ladang di bawahnya.  


    Tugasan yang seterusnya ialah saya diberi tugasan untuk mencari maklumat tentang Yayasan Pelajaran Johor. Saya juga diberi tugasan untuk menyusun fail-fail bahagian akaun di tempat yang disediakan.


    Kemudian, membuat minit mesyuarat bahagian akaun yang telah diadakan pada minggu pertama. Saya membuat rujukan minit mesyuarat yang lepas untuk menyiapkan tugasan tersebut.


    Kemahiran yang saya pelajari pada minggu pertama ialah cara penyusunan fail-fail pejabat dengan kemas dan tersusun, mengetahui tentang objektif, fungsi, cara memohon dan syarat-syarat untuk memohon biasisiwa Yayasan Pelajaran Johor, mengetahui bagaimana situasi mesyuarat yang sebenar.


    Impak dan kesannya, saya telah mempelajari dan mengetahui bagaimana cara perlaksanaan kerja yang dijalankan di pejabat.
   






Nurul Ainie binti Zulkeri
Politeknik Mersing, Johor
Dip in Secretarial Science