Latihan Industri
Praktikal Minggu Kedua (7 Dis - 12 Dis)
Jumaat, 12 Disember 2014 • 5:20 PTG • 0 comments

    Pada minggu yang kedua, saya diberi tugasan untuk menulis borang menggunakan 'manual typewritter'. Tugasan seterusnya ialah fotostat kertas dan mengefaks surat kepada pembekal.

    Kemudian, saya membuat 'CPO Palm Kernel Sales Proceed' yang perlu dikemaskini setiap bulan Untuk tugasan yang ini, saya perlu mengkaji sendiri bagaimana cara untuk mendapatkan 'Value (RM)' ini kerana mengaitkan inbois yang lepas. Ia juga perlu dikemaskini tarikh inbois dan tarikh penghantaran.

 

      Seterusnya, saya diberi tugasan untuk membuat semakan dokumen 'payment voucher' dan bank. Selain tu, membuat carta aliran tentang 'biz channel'.

     Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ialah mempelajari cara penggunaan 'manual typewriter' kerana di politeknik menggunakan 'typewriter' yang menggunakan elektrik. Saya juga dapat mempelajari penggunaan 'integratel network printer' merangkumi fotostat, printer dan faks.

     Impak dan kesannya, saya dapat mempelajari serba sedikit tentang sistem perakaunan dalam syarikat.













 
 



Nurul Ainie binti Zulkeri
Politeknik Mersing, Johor
Dip in Secretarial Science