Latihan Industri
Praktikal Minggu Kelima (28 Dis - 2 Jan)
Jumaat, 2 Januari 2015 • 11:08 PTG • 0 comments

    Sepanjang minggu kelima ini, saya diberi tugasan untuk mengira keluasan 'main road' dan 'sub road' bagi kedua-dua ladang melalui pelan. Pengiraan keluasan ladang tersebut di buat dalam microsoft excel.



    Setelah selesai pengiraan, keluasan itu perlu ditulis pada pelan untuk rujukan dan pelan ini dihantar kepada Pengarah Eksekutif untuk dibentang oleh beliau di dalam mesyuarat yang beliau akan hadiri. Tugasan seterusnya ialah fotostat surat dan mengemaskini 'debit note' pembekal.

    Kemahiran yang saya perolehi ialah dapat menambah pengetahuan dan memahami kandungan di dalam pelan yang diterangkan oleh jurutera syarikat.

    Impak dan kesannya ialah luar dari skop tugasan biasa memberikan dan membantu saya memperolehi ilmu-ilmu baru dan bermanfaat.



Nurul Ainie binti Zulkeri
Politeknik Mersing, Johor
Dip in Secretarial Science