Latihan Industri
Praktikal Minggu Ketiga (14 Dis - 19 Dis)
Jumaat, 19 Disember 2014 • 5:34 PTG • 0 comments

     Pada minggu ketiga, saya ditempatkan di bahagian pentadbiran. Tugasan untuk minggu ini ialah menaip borang penilaian calon menggunakan microsoft excel dan meneliti borang soal selidik Niosh.
  
    Tugasan yang seterusnya, mempelajari cara melipat surat supaya menampakkan alamat penerima pada 'windows envelope'. Membuat borang maklumat kakitangan supaya maklumat kakitangan sentiasa dikemas kini. Pegawai Eksekutif  memberi penerangan tentang akaun syarikat dan cara membuat akaun.

    Kemudian, fotostat road-tax kenderaan syarikat dan dokumen untuk interim audit. Seterusnya, membuat semakan borang maklumat kakitangan dan mengemaskini borang tersebut. Seperti minggu kedua, tugasan untuk mengemaskini 'CPO Palm Kernel Sale Proceed' .

    Kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah cara membuat borang maklumat bagi pekerja- pekerja di syarikat dan memahami struktur asas data yang terkandung di dalam akaun perladangan.

    Impak dan kesannya, saya tidak terikat hanya di bahagian pentadbiran kerana bidang kerja yang saya buat amat meluas kerana latihan industri membolehkan saya mencari pengalaman yang banyak.
     



Nurul Ainie binti Zulkeri
Politeknik Mersing, Johor
Dip in Secretarial Science